top of page



PENGENALAN
Kelab Pendeta Bahasa merupakan sebuah kelab di bawah Program Bahasa Melayu & Linguistik Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam. Kelab ini merupakan antara kelab yang sudah lama ditubuhkan di Universiti Brunei Darussalam. Tujuan Kelab ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar yang mengambil Program Bahasa Melayu dan Linguistik di Universiti Brunei Darussalam terutama dalam bidang akademik. Kelab Pendeta Bahasa juga terbuka kepada semua mahasiswa/-i Universiti Brunei Darussalam yang bukan mengambil Program Bahasa Melayu dan Linguistik.
OBJEKTIF
-
Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat betapa bahasa adalah khazanah manusia yang paling berharga dan perlu dipelihara
-
Menggalakkan para ahli untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik dan mempelajari bahasa-bahasa lain.
-
Mencambah serta meningkatkan nilai daya intelektual para ahli melalui aktiviti-aktiviti kebahasan.
-
Meningkatkan kualiti diri para ahli sebagai insan universiti yang sempurna.
MISI & VISI
-
Menjadikan Kelab Pendeta Bahasa sebagai sebuah kelab yang dikenali oleh universiti-universiti tempatan dan universiti-universiti di rantau ASEAN
-
Dapat melahirkan graduan-graduan yang berkalibar, komited serta mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi.
-
Dapat membentuk graduan-graduan yang mempertahankan bahasa, budaya dan bangsanya serta memperjuangkan kedaulatan negara.
AHLI-AHLI JAWATANKUASA ( AKAN DIUMUMKAN NANTI )
AKTIVITI
bottom of page